STEM Review Turks & Caicos
SEE OTHER BRANDS

Keeping up with science and technology news from the Turks and Caicos Islands

Denodo Platform 9.3 Kini Tersedia dengan Sokongan Revolusioner untuk Inovasi AI

Penambahbaikan platform, termasuk pelancaran Denodo DeepQuery, mengukuhkan Denodo sebagai asas untuk AI

PALO ALTO, California, Sept. 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Denodo, peneraju dalam pengurusan data, mengumumkan sokongan tambahan terhadap inovasi AI dengan ketersediaan DeepQuery dalam Denodo Platform 9.3. DeepQuery ialah keupayaan Penyelidikan Mendalam yang melangkaui pengambilan berasaskan fakta semata-mata, dengan kebolehan menangani soalan kompleks dan analitikal melalui penjelasan yang terperinci dan jelas.

Penambahbaikan Platform Denodo
Versi terkini Denodo Platform, 9.3, mengukuhkan lagi kedudukan Denodo sebagai asas kepada inovasi AI. Sebahagian besar beban kerja AI masa kini bersifat operasional, melibatkan aplikasi seperti chatbot yang memberi respons berdasarkan data langsung serta ejen AI yang bertindak secara autonomi dan membuat keputusan masa nyata mengikut keadaan semasa. Ini memerlukan capaian dua hala secara masa nyata kepada sejumlah besar data langsung daripada sumber asal, dalam landskap data yang semakin berkembang dan teragih, sambil memastikan perlindungan data melalui langkah keselamatan dan pematuhan yang konsisten serta pengurangan kos. Satu kajian terkini oleh MIT mendapati bahawa 95% projek AI tidak memberikan pulangan pelaburan (ROI) yang positif. Antara sebab utamanya ialah AI tidak berupaya untuk belajar dan bertindak dengan tepat dalam persekitaran operasi yang sentiasa berubah, disebabkan oleh ketiadaan infrastruktur data yang mampu menyokong beban kerja sebegini. Denodo Platform 9.3 menambah pelbagai ciri baharu yang memperkukuh asasnya sebagai platform AI yang bersifat operasional. Penambahbaikan utama merangkumi:

  • Ketangkasan yang Lebih Tinggi untuk Paparan Terwujud: Paparan terwujud dan cache data kini lebih fleksibel terhadap perubahan skema, membolehkan pembangun mengurus perubahan produk data dengan lebih tangkas, sekali gus memperkasakan aplikasi AI dengan data yang diperlukan secara lebih berkesan. Perkara ini sangat penting dalam persekitaran di mana ejen dan aplikasi AI berkembang dengan pantas, sementara struktur skema dan metadata asas lain sentiasa berubah mengikut keperluan. Keupayaan ini juga mempercepatkan kemas kini berperingkat kepada data lakehouse, agar data yang disimpan kekal bersedia untuk digunakan oleh aplikasi AI.
  • Kawalan Akses Dinamik: Ciri kawalan baharu ini membolehkan semakan dasar akses data secara atas permintaan, memberikan ketangkasan yang lebih tinggi dalam persekitaran operasi yang dinamik, di mana keperluan privasi dan keselamatan sering berubah.
  • Penjanaan Automatik Konteks Perniagaan: Selaras dengan penekanan Denodo Platform untuk memperkayakan AI dengan metadata perniagaan yang relevan, Denodo Assistant kini menjana secara automatik tag metadata dan atribut yang menentukan konteks perniagaan. Dalam keluaran terkini, metadata embeddings juga dijana dan dikemas kini secara automatik dalam pangkalan data vektor (PGVector). Ini mempercepatkan penambahan konteks perniagaan, yang penting untuk memastikan data sentiasa bersedia digunakan oleh AI, dan turut membolehkan konteks perniagaan dikemas kini dengan lebih pantas selaras dengan perkembangannya.
  • Penulisan Semula ke Jadual Iceberg melalui Databricks Unity: Bagi organisasi yang menggunakan seni bina data berasaskan lakehouse Databricks, Denodo kini membolehkan pembinaan ejen AI dan aplikasi lain yang boleh menulis semula ke jadual Iceberg yang dikendalikan oleh Databricks Unity, bagi memastikan prestasi yang lebih optimum dalam persekitaran Databricks yang kerap berubah.

Digabungkan dengan pengalaman layan diri pengguna melalui Denodo Data Marketplace dalam Denodo Platform 9.2, Denodo kini menawarkan asas data perusahaan yang unggul untuk memenuhi keperluan konteks perniagaan masa nyata bagi manusia dan aplikasi AI.

“Denodo semakin mendapat momentum dalam bidang pengurusan data yang dikuasakan oleh AI, selaras dengan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang pesat,” kata Alberto Pan, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) di Denodo. “Organisasi perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran operasi yang dinamik, yang merentasi sempadan rangkaian dan storan tradisional. Denodo Platform menyediakan cara pantas untuk menangani kes penggunaan baharu yang bergerak pantas, berasaskan data yang sedia untuk AI dan perniagaan, dalam konteks yang tidak menentu ini.”

Denodo Melancarkan DeepQuery
Denodo DeepQuery, keupayaan penyelidikan mendalam berbilang ejen yang telah diumumkan lebih awal pada bulan Julai, kini tersedia secara umum di GitHub. Dengan DeepQuery, pembangun AI boleh menjalankan pertanyaan kompleks berbilang langkah yang peka terhadap konteks, berdasarkan soalan terbuka — seperti mengenal pasti punca kehilangan pelanggan atau menentukan pemacu utama kesetiaan pelanggan merentasi pelbagai sistem yang berbeza. DeepQuery memberikan cerapan masa nyata yang boleh dijelaskan dalam beberapa minit, sesuatu yang biasanya memerlukan masa berhari-hari untuk dihasilkan oleh penganalisis data yang berkemahiran tinggi.

DeepQuery membuka akses sumber terbuka kepada komuniti AI dan pembangun untuk memanfaatkan keupayaan penyelidikan mendalam Denodo. Berdasarkan lapisan semantik dan AI SDK Denodo, DeepQuery secara dinamik menentukan data yang diperlukan, memperoleh paparan data tersebut secara masa nyata, dan menyelaraskan aliran kerja pengambilan serta penaakulan yang kompleks.

Manfaat merangkumi:

  • Interaksi AI yang lebih pintar: Membolehkan ejen AI memperhalusi soalan dan logik secara berulang untuk menghasilkan respons yang lebih tepat dan kaya dengan konteks
  • Tadbir urus dan keselamatan data yang komprehensif: Memastikan pertanyaan yang dipacu oleh AI sentiasa selaras dengan dasar organisasi, penyamaran data dan kawalan akses
  • Fleksibiliti sumber terbuka: Tersedia di bawah lesen Apache, membolehkan penyesuaian serta sumbangan daripada komuniti

Kemajuan ini telah pun mendapat pengiktirafan di seluruh industri. “Di Sigmasoft, kami telah mengikuti rapat inovasi Denodo dalam AI perusahaan—termasuk keupayaan penyelidikan mendalam Denodo DeepQuery,” kata Shivaji Basu, Ketua Pegawai AI di Sigmasoft, rakan kongsi Denodo. “Dengan ketersediaannya secara umum, kami teruja untuk bekerjasama dan membantu pelanggan membuka akses kepada pemahaman perniagaan yang boleh dijelaskan merentasi sistem, pada skala perusahaan. Tahap kematangan AI seperti inilah yang membolehkan para pembuat keputusan bertindak dengan lebih pantas dan penuh keyakinan.”

Kejayaan rakan kongsi ini dan yang lain, bersama kejayaan pelanggan Denodo yang pelbagai, terus mengukuhkan kedudukan Denodo sebagai peneraju dalam menjadikan AI perusahaan bukan sekadar boleh dilaksanakan, tetapi juga praktikal, terkawal dan benar-benar berimpak.

Perihal Denodo
Denodo merupakan peneraju dalam pengurusan data. Platform Denodo yang memenangi anugerah ialah platform pengurusan data logikal terkemuka untuk mengubah data menjadi cerapan dan hasil yang boleh dipercayai untuk semua inisiatif berkaitan data di seluruh perusahaan, termasuk AI dan layan diri. Pelanggan Denodo dalam semua industri di seluruh dunia telah menyampaikan data sedia AI dan sedia perniagaan yang dipercayai dalam satu pertiga masa dan dengan prestasi 10 kali lebih baik berbanding lakehouse dan platform data arus perdana yang lain secara berasingan. Untuk maklumat lanjut, layari denodo.com.

Hubungan Media
pr@denodo.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions